Ahad, 23 Februari 2014

Pengalaman Bersalin Anak Pertama '' Riana The First ''



Assalamualaikum sahabat blogger ku semua :)
Alhamdulillah tanggal 3 Julai 2010 , jam 12:13 am bersamaan 21 Rajab 1431 H 
aku selamat melahirkan bayi perempuanku yang comel secara normal seberat 2.8kg 

Sejurus selepas kelahiran suamiku merangkap title 'Baba'..yelaaa dah jd bapak dah kn ekheheee...my laling pn menghampiriku dgn senyuman penuh makna..
ditatangnya baby comel kami walau agak kekok...dikucup & dicium dahi baby...
kemudian baby diazankan ditelinga kanan & diiqamatkan ditelinga kiri oleh en.suami
part ni touching sgt2...mengalirkan air mata syahdu ekheheheee :p

ni lah bayi comel kami [ Welcome to the World ]

MAJLIS TAHNIK & MENCUKUR RAMBUT BAYI


Babyku ditahnikkan oleh Bilal Masjis Kg.Pendek (Abah)
caranya dilumatkan buah tamar dan dimasukkan perlahan-lahan ke mulut baby & diratai tamar td ke seluruh bahagian dalam mulut baby terutamanya di lelangit..
klu tiada tamar blh la diganti dgn apa jua makanan lembut yg manis...

Hikmahnya ::: menguatkan urat mulut baby & menggalakkan baby meminum susu ibu..
bkn saja suka2 nk bertahnik..ada tujuannya tau...
lagi satu digalakkan tahnik itu dilakukan oleh orang2 yang soleh supaya berlaku aliran barakah

Kali pertama di cukur rambut baby comelku
naseb baik part ni baby xmeragam..anak baikk...in shaa Allah ekhehheee
sunat dicukurkan keseluruhan rambut baby pada hari ke-7 kelahirannya
kemudian rambut bay ditimbang & disedekahkan nilai beratnya berbanding perak
kepada fakir miskin
Tujuan mencukurkan rambut bayi :::
~ untuk menguatkan kepala bayi
~mengukuhkan pancaindera
~ hikmah sosial iaitu bersedekah tadi

PERINGATAN !!! 

LARANGAN QAZA!! APA TU QAZA ???
Qaza bermaksud mencukur @ memendekkan sebahagian rambut 
dan membiarkan sebahagian lain panjang .Contoh Qaza ialah rambut 'Punk'


Selepas selamat dicukurkan...wajib bg kita menamakan bayi dengan panggilan yang elok-elok.
Kami namakan bayi perempuan kami Nur Adriana Batrisyia AZH
yang memberi maksud Cahaya Bijaksana...in shaa Allah :)
Selepas itu kami mengkhitan/sunatkan baby comel kami
di Klinik Balqis Kota Bharu [klik sini]

itulah sedikit sebanyak perkongsian selama 7 hari kelahiran Riana the first :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan