Sabtu, 22 Februari 2014

Menyingkap sejarah serta misteri Istana Kellie (Kellie’s Castle)



Haiii uuallssss...sis amy nk cite pasal misteri kali ni...hehhehheee...
Sis amy tinggal area batu gajah...siapa2 je yg dtg sini mesti nk singgah kat istana kellie @ kellie castle...sbb nye dia ada tarikan yg cukup misteri...siapa yg takut mmg xlayak utk tmpt ni hahhaahaaa....kali pertama sis jejakkan kaki disini...masa tu tgh preggy ank sulong tau...haa gempak tak g tmpt2 cam gini dgn perut yg membuyut ekhehheee...pastu mak ayh,k.long ngn abg ipar & adeq2 pn join skali jelajah misteri di sini...

Apa yang misteri sgt tu???jom kita terjahhhh.....

Sebelum cite pasal misteri kita singkap sedikit 
tentang sejarah Kellie Castle ya syg2 ku :)

Haa ni la Kellie Castle @ Istana Kellie
Kellie Castle ni di bina tahun 1905..lama sgt2 dah kan..
masa ni sis amy belum pn wujud lagi...korang pn kan???
Kellie Castle ni ibarat Taj Mahal sbb nye
klu Taj Mahal di mana ianya di bina ats lambang cinta Shah Jehan kpd Mumtaz Mahal
dan Kellie Castle lak di bina ats rasa kasih & sayang William Kellie Smith kpd isterinya Agnes 

hmmm...mesti ada yg tertye2 kn siapa William Kellie Smith ni kn???
ni lah William Kellie Smith tu
dilahirkan 1 Mac 1870 di Scotland
asalnya dia ni dr keluarga petani shj kemudian dia merantau ke Malaya
utk menambahbaik taraf kehidupannya
dia bermula sbg jurutera awam dgn membina laluan keretapi
kemudian dia berganding bahu dgn Charles Alma Baker, membina jalan raya diperak
mengusahakan tanaman kopi tahun 1896,
namun kopi malaya merosot akibat kemunculan kopi brazil
William akhirnya menggantikan perusahaan kopi kpd getah pulak & berjaya membeli
sebuah ladang di kawasan batu gajah hasil dr keuntungan getah yg dinamakan 

ladang Kinta Kellas.Selain tu william jg mengusahakan syarikat perlombongan biji timah
yg dinamakan Kinta Kellas Dredging Company.
Tahun 1903 william terpaksa balik smula ke scotland sbb ibunya nazak
dlm perjalanan pulang tu lah dia berjumpa dgn isterinya agnes.
Sekembalinya dia ke malaya William telah menambah nama 'kellie' sempena nama ibunya & mahu dikenali sbg Willian Kellie Smith selain dari mengahwini agnes
Begitulah al-kisahnya yg sis amy igt & catat...dah jadi cam bdk sejrah lak aku ni...chewahhh


boringkan cite pasal sejarah...
meh kt sambung cite misteri lak hihihihiiii

Sebenarnya dah menjadi lumrah klu ada bangunan-bangunan lama yg ditinggalkan...
mesti ada cerita seram kn...kisah penunggu la...kisah roh merayau2 la..

macam-macam lg la kn...apapun layannnn.....

di koridor ini lah dikatakan Roh William merayau-rayau...seram tak????
citenye begini katenya ada sekumpulan saintifik dari kanada dtg utk buat kajian pada waktu malam....setelah selesai amik gambar,salah seorg anggota perempuan tlh melihat satu lembaga yg menyerupai seorang lalaki eropah sedang berdiri & menjenguk dr salah satu tingkap disini...yg dipercayai roh willliam kellie smith...hihihihiiii
koridor ni la roh william merayau-rayau tu
kami ciap berposing lg kat situ ekheee...ada brannn
hahahhaaa ni waktu siang la...in shaa Allah xda pape :p

Misteri Bilik Helen '' Lembaga budak perempuan muncul ''
Helen ni anak perempuan kepada william


lagiiii cite misteri '' Pengawal Tanpa Kaki ''
ada seorang pemuda dari tapah  buat kali pertama melawati kellie castle
malangnya dia didatangi pengawal & dimaklumkan premis itu tlh ditutup sbb dah melewati tempoh waktu melawat...sebelum lelaki td meninggalkan premis sempat dia menoleh kearah pengawal td yg menuju kepondok pengawal rupanya TIDAKKKKK BERKAKiiiiiiiiii sebaliknya macam melayang-layang gitu...eee serammmmm bulu roma sis
sumber dari (NST, 8 October 2006)



Bertemu Langsuirrr
Seorang pengawal di Istana Kellie, Kamazan Yeop atau Pak Naman berkongsi pengalaman seram beliau sewaktu melakukan tugas rondaan selepas waktu melawat berakhir pada pukul 6 petang. Sewaktu beliau melintasi sebatang pokok angsana yang berada di halaman istana berkenaan, beliau terdengar bunyi yang agak mencurigakan, lalu mematikan langkah beliau disitu. Sebalik sahaja menoleh kebelakang, kelihatan satu lembaga putih dengan rambut hitam menggerbang muncul di sisi pokok angsana berkenaan dan menuju kearah dimana beliau berdiri. Dalam situasi cemas itu, Pak Naman sempat membaca beberapa potong ayat quran sambil mengacukan senapang patah beliau kearah lembaga tersebut. Beberapa das dilepaskan, namun ianya tidak meninggalkan sebarang kesan, sebaliknya lembaga tersebut melayang terbang meninggalkan kawasan tersebut. Dikatakan lembaga yang ditemui oleh Pak Naman itu sebenarnya adalah Hantu Langsui, beberapa hari kemudian, Pak Naman sekali lagi terserempak dengan satu lembaga putih, cuma kali ini di sekitar kawasan Surau premis berkenaan dan Pak Naman tidak pasti lembaga apakah yang beliau temui itu. Kedua-dua peristiwa ini berlaku dalam tahun 1997 (NST, 26 Jun 2006).


Seram...Istana Kellie dalam tahun 1970. (Gambah Ihsan NST)

indahkan..Kellie Castle dlm tahun 2010

lubang udara dari terowong yang menghala kekuil Sri mariamman

<< tamat cite pasal misteri >>
jom layan gambar-gambar indah kitaorang kat sane ekhehheee









haa...siapa dth batu gajah...jangan lupa singgah Kellie Castle ya :)
bye bye byeeee





Tiada ulasan:

Catat Ulasan