Jumaat, 21 Februari 2014

Engagement Party

APAKAH MAKSUD PERTUNANGAN ????


Pertunangan adalah satu perjanjian untuk mendirikan rumahtangga melalui orang perantaraan yang biasanya diadakan di dalam sebuah majlis meminang.

Pihak-pihak wajib yang terlibat adalah lelaki yang ingin berkahwin, perempuan yang ingin dikahwininya, bapa atau wali perempuan tersebut. 

Walaubagaimanapun, kebanyakan masyarakat di Malaysia keluarga pihak lelaki tersebut juga turut melibatkan diri.

Hukum bertunang adalah sunat.

Tujuan pertunangan adalah seperti berikut ::: 
*Untuk mengikat janji yang keduanya akan berkahwin.
*Supaya kedua belah keluarga bertemu dan beramah mesra.
*Supaya kedua belah pihak dapat berbincang dan mendapat kata sepakat mengenai tarikh dan tempat pernikahan, wang hantaran, jumlah dulang hantaran, dan keperluan lain bagi majlis perkahwinan yang diadakan nanti.
*Supaya kedua pasangan dapat mebuat persiapan perkahwinan mengikut masa.
*Supaya kedua pasangan dapat membuat persediaan untuk memasuki alam perkahwinan.
*Supaya kedua pasangan dan ahli keluarga dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat.


Tempoh pertunangan bergantung kepada keupayaan kedua pasangan tersebut. Walaubagaimanapun tempoh yang lama adalah tidak digalakkan.


Apakah perkara-perkara penting yang harus dipersetujui di dalam pertunangan ???

Jumlah wang hantaran
Jumlah dulang hantaran
Cara pemberian wang hantaran
Jumlah belanja perkahwinan
Tarikh pernikahan
Tempat pernikahan
Tempoh pertunangan
Tuntutan gantirugi jika pertunangan dibatalkan


JOM LAYAN KISAH PERTUNANGAN KU :)


Tanda ikatan pertama telah pn selamat terjalin pada 5 December 2008 :)
Sesi perbincangan atr kedua belah pihak saat yg paling mendebarkann

Alhamdulillah semunya berjalan lancar :)
Mengabdikan kenangan bersama sebahagian dari ahli keluarga

Nie lah mak andamku...TQ kak ani...puas hati sgt :)

Hantaran tunangan dari pihak lelaki

Hantaran dariku untuk Mr Tunang
Canteq tak???ekheee
DIY sendiri ok ^_*

Hadiah utk Mr Tunang
bukan aku je yg dpt cincin tau ekhee
dia pn dapattt :*




Melayan para tamu...ni atr BFF yg sudi hadir...
tq to chia ying & saera ^_*

Majlis diakhiri dengan jamuan makan
nasi minyak yg nyum nyum nyummmmmmm

...the end...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan