Sudara Beach Resort merupakan salah satu lagi resort pilihan sis amy & keluarga.
Ia terletak di tengah-tengah antara Bachok dan Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.
Jarak resort ni dengan pusat bandar Kota Bharu adalah lebih kurang 30 km.
Lot 128, Mukim Telong, Jalan Tok Bali, Bachok / Pantai Irama, Kota Bharu, Malaysia 16300
Lot 128, Mukim Telong, Jalan Tok Bali, Bachok / Pantai Irama, Kota Bharu, Malaysia 16300
Resort ini pernah memenangi
‘Anugerah Resort Terbaik Di Kelantan’
oleh Tourism Malaysia Kelantan pada tahun 2010.
Apa yang best menginap di sini sebabnya resort ni berhampiran pesisir pantai yang bersih dan cantik. Suasana damai di waktu petang dengan pantai yang landai dan bersih dapat menggamit kenangan percutian kami.
SubhanaALLAH canteq kan ^_* |
Anakku Riana ambil angin pesisir pantai... amboii syok ya... |
Sampai2 jerk..terus rendam ini baby boiboy ekheee... xnanges lak dia... |
letak2 baby kat tepi2 je...takut hanyut di lambung ombak.. ni pun sis amy cepat2 snap ni...risau walau ada body guard... hmmm body guard la sgt kn hahhahha.... |
Istana Pasir nya xda pun...apa ntah di mainnya dgn pasir2 tu pn xtau... |
Asben sis amy pun nk posing jgk tau ekheee |
Faktor lain yang menaikkan nama resort ini adalah dengan adanya kolam renang yang agak luas. Sesuai sgt la kan bawak ank2 bercuti di resort ini.Jom layan ank2 ribena sis amy mandi kolam.
anak buah sis amy, amsyar ready nk terjun... yang si syami tersangkut kat situ la plak...hahhaa takut ke apa ekheee |
barisan ibu-ibu bapak-bapak memerhatikan ank-ank ribena mandi manda ekheee |
Tarzan di dukung bapak tarzan ekhehheee |
Klu uUalllss teringin nk mai sini, perkara pertama yang perlu diambilkira adalah kedudukan chalet. Di antara pilihan chalet yang ada ialah chalet mengadap pantai, chalet mengadap kolam, chalet dalam taman, bilik asrama dan bilik hotel. Harga chalet di sini boleh dikatakan sangat berpatutan dari RM 125 hingga RM 250 berdasarkan jenis bilik.
Selain itu, pelbagai kemudahan asas yang disediakan seperti perkhidmatan wifi, kafe dan restoran. Untuk mereka yang sukakan aktiviti riadah, terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti mandi di kolam renang, bermain bola sepak pantai dan bola tampar pantai.
Jika menginap di sini, tidak sah jika anda tidak ke Tok Bali, sebuah kawasan pelancongan yang popular dengan ikan segar. Berkunjunglah ke terminal pendaratan ikan segar untuk melihat nelayan membawa pulang hasil tangkapan.
Juga boleh menikmati ikan bakar yang popular di Tok Bali.
ohoiiii kecur liur...jom mamam ekheee
*** Nikmatilah detik indah bersama keluarga...anda akan lebih bahagia***
*** Nikmatilah detik indah bersama keluarga...anda akan lebih bahagia***
Tiada ulasan:
Catat Ulasan